Luar Negara

COVID-19: Kebimbangan gelombang kedua meningkat di kala pelonggaran sekatan

KEBIMBANGAN terhadap gelombang kedua jangkitan COVID-19 telah membuatkan enam pasar makanan utama di Beijing, China ditutup pada Jumaat.

Sementara itu, India yang membuka semula sekatan minggu ini mencatatkan peningkatan dalam kes harian.

Dalam pada itu, terdapat peningkatan kes baharu pandemik itu di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan katil di hospital semakin penuh.

Pakar kesihatan seluruh dunia menyatakan kebimbangan sebelum ini bahawa beberapa negara bergelut dengan kesan ekonomi akibat arahan tinggal di rumah mungkin melonggarkan sekatan terlalu cepat. Dalam masa yang sama, mereka turut khuatir COVID-19 boleh tersebar semasa protes anti-perkauman.

Hearing of Stella Kyriakides, Commissioner-designate for Health ...Pesuruhjaya Kesihatan Eropah, Stella Kyria-Kides menyeru 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) untuk mengembalikan langkah-langkah sekatan jika diperlukan selain melakukan ujian saringan virus itu apabila membuka kembali sekolah dan perniagaan.

Di China, terdapat dua kes baharu COVID-19 di ibu negaranya sekali gus pihak berkuasa menutup enam pasar makanan besar yang dikunjungi dua lelaki dijangkiti namun tidak diketahui bagaimana mereka boleh terjangkit.

India membuka sebahagian besar pengangkutan awam, pejabat dan pusat membeli-belah minggu ini setelah hampir 70 hari namun pegawai kesihatan menyatakan ia masih beberapa minggu lagi sebelum meratakan lengkungan kes yang sedang meningkat.

Angka kematian meningkat kepada 8,498 di India. Bagaimanapun kementerian kesihatan negara itu menyatakan terdapat peningkatan sehingga hampir 11,000 kes positif pada Jumaat dengan kebanyakan direkodkan di Delhi, Mumbai dan Chennai.

Sementara itu di Turki, persatuan perubatan menyatakan pelonggaran sekatan pada 1 Jun adalah terlalu cepat walaupun jumlah kematian harian menurun dalam beberapa minggu terakhir kepada sekitar 20 orang.

Anggota pasukan penyelidik COVID-19 Persatuan Medik Turki, Cavit Isik Yavuz berkata terdapat perbincangan mengenai bilakah gelombang kedua akan berlaku namun gelombang pertama masih belum diatasi.

Walaupun jangkitan baharu semakin perlahan di kebanyakan negara Eropah, pakar kesihatan melihat risiko sederhana hingga tinggi bahawa kenaikan pasca arahan tinggal di rumah mungkin memerlukan sekatan baharu.

Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Eropah (ECDC) meramalkan adanya peningkatan yang sederhana di seluruh Eropah dalam beberapa minggu mendatang yang boleh menyebabkan sistem kesihatan mengalami tekanan jika tidak diperiksa dengan cepat.

Pengarahnya Andrea Ammon menekankan pentingnya menjaga jarak fizikal, kebersihan tangan dan apa yang disebut etika pernafasan.

Pegawai telah menyatakan kebimbangan virus itu dapat merebak di antara puluhan ribu orang yang berkumpul di bandar-bandar besar di Eropah untuk berdemonstrasi dalam isu perkauman setelah kematian warga kulit hitam George Floyd dalam tahanan polis Amerika Syarikat (AS).


Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan pada Khamis bahawa ancaman kebangkitan COVID-19 masih sangat nyata.

Jelasnya, walaupun keadaan bertambah baik di Eropah, namun secara globalnya masih buruk dan ia memerlukan solidariti global untuk mengalahkan wabak itu sepenuhnya.

Katanya lagi, daripada 5,347 kematian baharu dicatatkan di seluruh dunia, 3,681 adalah di AS.

Di setengah daripada negeri di AS termasuk Texas dan Arizona, jumlah pesakit COVID-19 semakin meingkat sekali gus terdapat kebimbangan bahawa pembukaan semula ekonomi negara itu mungkin mencetuskan gelombang kedua.

Negeri Alabama, Florida, North Carolina, South Carolina, Oregon dan Nebraska semuanya mempunyai jumlah kes baharu pada Khamis.

Indeks utama Wall Street dibuka lebih tinggi pada Jumaat sehari selepas menjunam mendadak kerana dikhuatiri akan muncul semula jangkitan virus.

Ketua Institut Kesihatan Global Harvard, Ashish Jha berkata, AS mempunyai lebih 113,000 kes kematian yang tertinggi di dunia dan angka itu dijangka meningkat lebih 200,000 menjelang September. – ASTRO AWANI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button