RAMAI juga yang mengambil kesempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan untuk meminta bantuan.
Antaranya seorang gadis bujang dari Johor yang memohon bantuan makanan daripada aktivis masyarakat Syed Azmi Alhabshi.
Barangan yang diminta gadis berkenaan berbentuk lima pek mee segera berharga RM25, dua tin biskut (RM24), satu kotak air mineral 1.5 liter (RM18), telur dua papan (RM24), topeng muka dan cecair nyah kuman (RM30) serta makanan ringan (RM10).
Keseluruhan nilai barangan yang dipohon tersebut berjumlah RM130.
BACA- Ketirisan penyaluran bantuan COVID-19 perlu dicegah – Raja Muda Perlis
- DAP persoal pemberian bantuan RM500 kepada kakitangan awam
“Saya nak minta maaf sangat tapi kalau kita bujang tak pandai masak sangat pun, dan memang perlu bantuan kewangan saya tak kisah.
“Tapi bila tulis macam ni, saya rasa sedih. Sekarang saya tengah sediakan karangan kat kertas sebab nak telefon awek ni kenapa bajet ni tak kena di musim Covid. Kena tulis sebab takut saya geram sampai nangis,” kata Syed Azmi.
Dalam jawapannya kepada gadis itu, secara sinis Syed Azmi berkata, dia akan memberikan bantuan mee segera namun bukan sebanyak lima pek sebaliknya akan diganti dengan roti.
Begitu juga untuk bantuan biskut dia mampu untuk menyediakkanya namun akan diberikan biskut yang tidak berjenama yang lebih murah.
“Mineral water? Saya tak tahu nak cakap apa. Rumah tak ada air bersih ke? Tak ada penapis air? Kena periksa dulu.
“Telur dua papan? Masuk dalam maggi ke. Buat telur separuh masak ke? Masak kena guna air mineral ke? Mask and sanitizer selalu keluar rumah ke?
“Sabun palmolive dah cukup. Makanan ringan RM10? Biar betul? RM10 mana cukup? Lays je dah RM12.50, ice cream Magnum je berapa? Twisties Chikedees lagi. Yang ni kena tambah budget ni,” sindir Syed Azmi.
Dalam hantaran di Facebooknya, Syed Azmi memohon rakan aktivis di Johor untuk menolong gadis bujang itu kerana beliau sendiri tidak percaya dengan permohonan bantuan tersebut.
“Saya hanya akan beri (bantuan) RM50 sebab keperluan dia ringan. Tapi bagilah saya senarai yang munasabah sikit. Semua permohonan saya baca. Jabi biarlah nampak terkesan sikit.
“Siapa rasa ini membuka aib, trust me this is not the worst. And i am trying to educate,” kata Syed Azmi.-SM