Luar Negara

COVID-19 di Mesir ragut 3,000 nyawa

ANGKA korban Covid-19 di Mesir kini mencecah 3,000 orang semalam, menurut Kementerian Kesihatan seperti mana dilapor agensi berita Anadolu.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, 81 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, keseluruhan kematian setakat ini ialah 2,953 orang.

Seramai 1,557 orang lagi diuji positif COVID-19 menjadikan keseluruhan seramai 68,311. Jumlah pesakit yang sembuh pula seramai 18,460 orang.

Wabak maut itu sudah meragut lebih 508,000 nyawa penduduk di seluruh dunia, dengan lebih 10.3 juta kes disahkan dan pesakit sembuh melebihi 5.3 juta, menurut Johns Hopkins University. – SUMBER BERNAMASM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button