Hiburan

Coki Pardede bikin malu ditangkap polis ketika tonton porno, suntik dadah di…

ARTIS dari seberang memang macam-macam namun kehadiran mereka di atas kanvas seni juga diterima oleh peminat di Malaysia. Ada yang pernah mengusik melalui penulisan tentang ‘kehebatan’ artis-artis dari seberang yang sebenarnya, penulisan itu berbentuk sinis.

Antaranya ialah soal anak luar nikah dan hubungan kelamin yang tiada ikatan sahih (tanpa mahu menulis secara langsung siapakah artis yang dimaksudkan oleh si penulis berkenaan pada ketika itu).

Pedih tetapi itulah hakikatnya yang dipaparkan berkenaan dengan sikap dan perangai artis seberang dan terkini, pelawak standup comedian yang bernama Coki Pardede membuat kejutan besar umpama tsunami apabila dia mengakui memasukkan bahan terlarang melalui suntikan di duburnya!

Berita dia ditangkap pihak berkuasa di negara kelahirannya itu bukanlah suatu berita yang menarik perhatian sebaliknya pengakuan yang dibuat oleh pemilik nama sebenar, Reza Pardede itulah yang membuatkan ramai mengelengkan kepala.

Kata kita orang di Malaysia, tak habis fikir! Coki sepertimana yang dilaporkan oleh media CNNIndonesia mengaku mengambil dadah jenis syabu dan memasukkan bahan terlarang itu ke dalam tubuhnya melalui cara suntikan di dubur.

Kata Coki, suntikan di bahagian berkenaan lebih cepat dan untuk pengetahuan pembaca, semasa pelawak yang berusia 33 tahun itu ditangkap, dia masih berada di bawah pengaruh bahan terlarang tersebut.

Dia ditangkap di rumahnya di daerah Pagedangan, Kota Tangerang, ketika sedang asyik menonton filem porno. Inilah sikap buruk pelawak Coki.

Menerusi rakaman video yang tular, Coki dikatakan terkejut sewaktu serbuan dilakukan ke atas dirinya di rumahn ya dan meminta pihak polis memberinya sedikit waktu untuk minum air. Kata Coki, nak tenangkan dirinya yang terkejut.

Sikap dan perangai Coki yang tidak bertanggungjawab, walaupun dari sudut peribadi kerana ia boleh mempengaruhi para peminatnya, mendapat perhatian serius daripada Majeleis Lucu Indonesia (MLI) yang juga merupakan production house atau rumah produksi apabila dimaklumkan tentang penangkapan Coki pada 1 September baru-baru ini.

Sehubungan itu, MLI bertindak menggugurkan Coki daripada senarai peserta standup comedian yang sepatutnya berlangsung sehingga November nanti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button