Ekonomi

CIMB akan terbitkan bon RM348 juta

CIMB Bank Bhd. telah akan menerbitkan bon bernilai HK$ 640 juta (sekitar RM348 juta) di bawah program CIMB Bank bernilai AS$5 bilion Euro Medium Term Note (EMTN).

Dalam makluman kepada Bank Negara Malaysia melalui laman web Sistem Penawaran/Tender Automatik Bank Negara Malaysia (FAST), CIMB Investment Bank Bhd, yang menguruskan penjualan bon itu memberitahu, skim HK$640 juta CIMB Bank menawarkan faedah 1.12 peratus setahun kepada para pelabur.

CIMB Investment Bank mengatakan skim HK$640 juta, yang akan dikeluarkan esok (27 Julai), akan matang pada 17 Julai 2026.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button