Jenayah

CCTV bongkar segalanya, pengasuh tengkup bayi

BERTAPA hancurnya hati pasangan suami isteri apabila zuriat yang ditunggu selama 13 tahun maut di taman asuhan kanak-kanak taska dalam keadaan menyayat hati pada pagi Jumaat.

Lebih menyedihkan bayi lapan bulan Muhammad Al Fateh Fikri Amri itu baru lima dihantar ke Taman Kelemak Utara.

Bapa mangsa, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur berkata, disebabkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat, isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.

Menurutnya, bayinya baru lima hari dihantar ke taska berkenaan memandangkan cuti tanpa gaji isteri hampir habis.

“Baru hantar lima hari sebab cuti isteri hampis habis,” katanya dalam nada sedih ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Alor Gajah, di sini pada Jumaat.

 

Mohd Fikry berkata, kebiasaannya dia yang bertugas di Sungai Besi akan pulang ke Melaka pada Sabtu dan Ahad disebabkan perhubungan jarak jauh (PJJ)

“Pagi sebelum kejadian saya tengok video dia sihat sebelum dimaklumkan berita sedih itu.

 

“Lebih memilukan ibunya terpaksa membawa sendiri bayi ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan keadaan mulut berdarah dan muka biru,” katanya.

 

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah Taska di Kelemak, di sini.

 

Difahamkan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button