Ekonomi

CBP kenalkan semula kelab Mystar untuk kanak-kanak menyimpan

Dalam misi menarik minat ibu bapa membuka Akaun Simpanan-i Salam untuk anak-anak, Co-opbank Pertama (CBP) hari ini menjenamakan semula Kelab MyStar dan memperkenalkan duta Kelab MyStar secara rasmi.

Pelancaran penjenamaan semula Kelab MyStar disempurnakan oleh Ketua Pegawai Komersial CBP, Mohd Faris Kamarudin, di Hari Mega Kelab MyStar di Shah Alam, Selangor, pada Sabtu (10 Ogos).

CBP menerusi satu kenyataan berkata, Kelab MyStar adalah kelab kanak-kanak khusus untuk pemegang Akaun Simpanan-i Salam yang berumur 18 tahun ke bawah.

”Penubuhan kelab ini bertujuan untuk menanam sikap menabung dalam kalangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan yang menarik.

”Penjenamaan semula ini adalah langkah penting dalam usaha untuk menarik lebih ramai ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak mereka di CBP,” katanya.

Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan imej tetapi sebagai tanda komitmen terhadap inovasi dan kecemerlangan CBP, selain akan terus memperkenalkan lebih banyak program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada ahli kelab.

Pada masa sama, CBP turut berharap agar Kelab MyStar akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua ahli.

Di majlis berkenaan, turut diumumkan adalah Duta Kelab MyStar iaitu Muhd Imaduddin Abdul Gafur, 6; Tiara Khayla Jelita Zalih, 9; dan Mayra Sayeeda Muhammad Maal Hakim, 2; yang akan menjadi wajah serta suara kelab terbabit.

Artikle Berkaitan :>

CBP perkenal platform terbaharu pembelian Takaful Kenderaan dan Cukai Jalan secara atas talian

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button