Sukan

Cabaran lebih 7 jam: Mat X pelayar solo termuda berjaya rentas Kuala Perlis-Langkawi

KECIL-KECIL cili padi. Biarlah anak kecil ini menjadi pelayar negara terkemuka dan hebat suatu hari nanti. Muhammad Zahir Naiman Ismail, 12, atau lebih dikenali “Mat X” selamat tiba di
Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Dayang Bay, Langkawi pada pukul 3.52 petang ini sekaligus berjaya melengkapkan impiannya menjadi pelayar solo termuda di negara ini.

Mat X dijulang dalam bot Optimist yang digunakan bagi pelayaran solo pertamanya.

Pelajar Tahun Lima, Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu (SKSM) Langkawi ini mengambil masa selama 7 jam 21 min 38 saat selepas bertarung dengan ombak dan badai di sepanjang perjalanan sejauh 21 nautika ini.

Mat X menerima sijil dari Malaysian Books Of Record selepas berjaya menamatkan pelayaran Solo dari Kuala Perlis-Langkawi.

Mat X telah berlepas dari jeti Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Kuala Perlis pada pukul 8.30 pagi ini.

Pelayaran solo beliau mengunakan dengan bot Optimist dilepaskan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perlis, Anuar Abidin dan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.

Peta pelayaran solo Mat X sejauh 21 batu nautika dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Kata ibunya, Nazila Rahim, 41, dengan cuaca mendung membolehkan Mat X melakukan pelayaran dengan mudah.

Apapun impian Mat X yang mahu belayar di lautan sejak di usia lapan tahun ini akhirnya menjadi kenyataan hari ini.

Sekaligus Mat X menyahut cabaran dari nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed pada tahun 2020 di Lapangan Terbang Langkawi.

Mat X berjaya rentas lautan dari Kuala Perlis-Langkawi sekaligus bergelar sebagai pelayar solo termuda di negara ini.

“Lama juga Mat X pendam di hati kata-kata Tun M yang menyebut kalau hendak menjadi pelayar, jadilah bertaraf dunia bukan bertaraf jaguh kampung saja,” kata ibunya.

Tahniah dari Suara Merdeka, supaya Mat X bakal menjadi pelayar bertaraf dunia apabila dewasa nanti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button