MahkamahNasional

Buruh binaan mengaku salah lakukan amang seksual

Mangsa berusia 11 tahun

Seorang buruh binaan yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan menceroboh rumah seorang wanita, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen yang sama atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, April lepas.

Tertuduh Hassan Ahmad, 43, yang juga seorang duda dan bapa kepada seorang anak, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan cara memegang tangannya bagi maksud seksual, di tepi jalan berdekatan Dewan Rumah Pangsa Ashby Road di sini, kira-kira 1.30 tengah hari, 13 April lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Qurratu’aini Khalifah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan kerana sedang menjalani hukuman kes ceroboh, sementara kes rogol tersebut masih menunggu keputusan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes, untuk serahan fakta kes dan keputusan.

Pada 28 April, tertuduh didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan merogol dan menceroboh rumah seorang wanita berusia 38 tahun di kuarters kakitangan awam, Jalan Kamarudin Isa, Fair Park di sini, antara 10 malam, 17 April hingga 18 April lepas.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu. – SM

BACA Mudir, warden dera pelajar tahfiz secara seksual

BACA Gangguan seksual harus ditangani dan dihentikan menerusi program advokasi

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button