Kesihatan

Bukan Mpox tapi kesan tembakan dari luar negara

Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa satu imej tular pada aplikasi WhatsApp kononnya berkait kes jangkitan penyakit cacar monyet atau Mpox, sebenarnya adalah kecederaan berkaitan peluru tabur yang berlaku di luar negara pada 2022.

KKM menerusi kenyataan di Facebook semalam memaklumkan, pihaknya mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan Mpox kini merebak di Singapura.

Orang ramai diminta merujuk sumber rasmi kementerian melalui platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button