Nasionalpilihan

Bukan jual barang terlarang, tapi barangan khusus untuk lelaki – Lan Pet Pet

BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuh video melibatkan urus niaga pelawak, Mazlan atau lebih dikenali dengan nama Lan Pet Pet dalam keadaan yang mencurigakan.

Susulan video itu, timbul dakwaan yang mengatakan Lan menjual barangan yang disisi undang-undang.

Menjelaskan situasi yang sebenar, menurut Lan, dia menafikan terlibat dengan sebarang urus niaga melibatkan barangan terlarang.

“Saya nak maklumkan yang memang saya tidak terlibat dengan sebarang penjualan barangan terlarang. Sebaliknya saya cuma jual produk khusus untuk lelaki sahaja.

“Pada malam itu, saya cuma menyerahkan barangan tersebut kepada pak cik itu. Lagipun dia tidak tahu cara pembelian atas talian, itu yang saya hantar kepadanya pada malam itu,” katanya.

Menurut Lan, dia memang menjual produk berkenaan tetapi tidaklah dibuat secara terbuka.

Dalam pada itu, pelawak tersebut turut mengalirkan air mata ketika mengulas mengenai kecaman yang diterimanya susulan video yang tular itu.

“Macam-macam kata kecaman yang saya terima. Ada yang siap berkata benda yang tidak elok kepada ibu bapa saya. Itu yang paling saya terasa.

“Tetapi disebalik kecaman itu, ada juga yang memberi kata-kata sokongan dan saya ambil perkara itu sebagai semangat buat saya,” katanya.

Dalam pada itu, Lan turut memberitahu yang dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menularkan video tersebut.

Dia pada mulanya ingin mengambil tindakan undang-undang tapi tidak meneruskan perancangannya itu selepas mendapat nasihat daripada peguamnya.

“Peguam saya beritahu jangan ambil tindakan undang-undang. Sebab mereka ini yang telah menyokong kerjaya seni saya sebelum ini.

“Sebab itu saya ambil keputusan untuk beri penjelasan dan maafkan semua yang telah menuduh saya selama ini,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button