BN sokong PN hingga Parlimen bubar, sedia hadapi PRU-15, kata Najib
AHLI Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menengaskan Barisan Nasional akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)
Bekas perdana menteri itu berkata, jika Pakatan Harapan membuat onar sehingga kerajaan Perikatan Nasional tumbang maka BN bersedia menghadapi PRU supaya kestabilan politik dapat dipulihkan.
Najib mengulas komen Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkaitan hantaran Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO sudah bersedia untuk menghadapi PRU-15.
Pada hantaran itu Ahmad Zahid turut berkongsi gambar beliau bersama Najib yang mengunjungi rumahnya malam tadi.
Menurut Najib, Yang di-Pertuan Agong sudah bertitah bahawa keadaan politik dan kerajaan perlu stabil. Baginda juga meminta agar jangan timbulkan lagi kemelut politik pada masa krisis ekonomi dan kesihatan yang paling besar negara pernah hadapi.
“Tapi PH masih mahu jatuhkan kerajaan dengan membeli ahli Parlimen PN. Dan jika pun PH cukup nombor, nombor itu adalah tipis dan kerajaan PH 2.0 adalah kurang stabil.
“Lompat seorang-dua je, kerajaan akan tukar tangan lagi. Oleh itu, Yang di-Pertuan Agong boleh gunakan kebijaksanaan dan kuasa baginda untuk bubarkan Parlimen bagi menyelesaian masalah ketidakstabilan politik negara.
“Dan pada masa itu, BN sedia turun ke padang untuk lawan PH dalam PRU. Itulah maksud kita,” jelas Najib.
Dalam hantarannya di Facebook hari ini, Kadir mempersoalkan maksud Ahmad Zahid yang mengatakan mereka telah bersedia untuk menghadapi PRU-15.
BACA Zahid terima kunjungan Najib, siap hadapi PRU 15
Kadir berkata, adakah ia juga bermakna UMNO dan BN sudah bersedia menjatuhkan kepimpina Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin .
“Bahasa rahsia (cryptic). Maksud tersembunyi. Adakah Umno/BN sudah bersedia menjatuhkan kerajaan Melayu-Islam Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Mohd Yassin bagi memaksa PRU ke-15 diadakan lebih awal?
“Bubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya umum lebih awal adalah mantera UUMNO,” tulis Kadir.