Nasional

PKPB rentas negeri: Pahang, Melaka, Selangor catat tiga negeri tertinggi langgar SOP

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Pahang, Melaka dan Selangor merupakan tiga negeri yang mencatat kesalahan rentas negeri tertinggi.

Pahang mencatat 38 kesalahan, Melaka, 27 dan Selangor 24 manakala semalam, sebanyak 93 kenderaan telah diarahkan patah balik.

“Semalam PDRM (polis) menahan 56 individu atas kesalahan engkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Daripada jumlah itu, 46 individu direman manakala 10 individu diberikan jaminan polis.

“Kompaun dikeluarkan terhadap 88 individu atas pelbagai kesalahan engkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri,” katanya pada sidang akhbar harian, hari ini.

Beliau berkata, semua rakyat harus terus patuhi SOP dan peraturan ditetapkan kerana kerjasama ini amat penting dalam memerangi pendamik COVID-19.

Pada sidang akhbar yang sama, Ismail Sabri turut menyebut tentang KPKP Ops Kawalselia awam.

“Di bawah KPKP Ops Kawalselia awam, sebanyak 7,469 operasi santiasi dilakukan di 132 zon dan 10,996 presmis disanitasi termasuk 2,643 pusat perniagaan, 4,088 bangunan kerajaan, 1,582 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,332 tempat awam dan 352 pasar raya.

“43 operasi sanitasi di 37 zon  turut dilakukan semalam di 12 negeri iaitu Sabah 11, Johor (8) dan Melaka (4),” katanya.

Sementara itu, pengurusan pusat kuarantin sehingga 8 pagi, 3 Jun, sebanyak 185 pusat kuarantin beroperasi dengan 14,820 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

“Sebanyak 400 rakyat Malaysia balik ke tanah air dari Singapura, Indonesia, China, Qatar dan Jepun dan semua mereka ini dikuarantin wajib.

“Sebanyak 49,206 rakyat Malaysia yang balik dari luar negara dan dikuarantin wajib pada 3 April lalu dan 38,341 individu selesai enjalani kuarantin wajib dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” jelas beliau.

Bagi penghantaran pulang ke kampung halaman pelajar-pelajar institute pengajian tinggi pula, Ismail Sabri berkata, pada 27 April sehingga hari ini, Pengajian Tinggi telah menghantar balik seramai 57,529 pelajar IPT pulang ke pangkuan keluarga.

“Semalam, 915 lagi pelajar dihantar pulang melalui tujuh penerbangan.

“700 pelajar masih berada di kampus dan akan dihantar pulang dalam masa terdekat. Hari ini, tiada jadual penghantaran pelajar,” katanya.

Menyentuh tentang bekalan makanan, Ismail Sabri memberi jaminan, rakyat tidak perlu bimbang kerana bekalan makanan mencukupi.

“Tak perlu bimbang bekalan makanan dan keperluan sepanjang musim perayaan dijamin mencukupi,” tegasnya.

KPDNHEP pula, kata Ismail Sabri, melakukan tindakan pemeriksaan pematuhan SOP PKPB dengan 2,021 pemeriksaan dilakukan semalam.

Sebanyak 1,872 premis didapati mematuhi SOP ditetapkan, 146 premis diberi nasihat dan tiga amaran dikeluarkan kerana tidak patuh SOP.

Kata Ismail Sabri, “ langgar SOP, premis perniagaan akan ditutup.

“Pergi beli belah, janganlah bawa anak-anak kecil dan warga emas kerana mereka warga berisiko tinggi,” katanya.

Menjawab soalan pemberita berhubung PKPD Taman Langat di Kuala Langat mengapa kerajaan tidak jelaskan apa yang berlaku?

Berikut jawapan Ismail Sabri, “Kita tidak diam seribu bahasa. PKPD ada dua. PKPD pertama yang telah dilaksana di Selangor Mansion dan Pasar Borong Selayang dan yang kedua, PKP yang dilaksanakan secara pentadbiran.

“Untuk PKPD, kita memagar kawasan dengan kawat berduri dan tidak dibenarkan sebarang pergerakan keluar masuk.

“Di kawasan PKPD pentadbiran, kita pagar juga tetapi ada keluar masuk iaitu penduduk dalam kawasan tersebut boleh keluar tetapi dengan pemeriksaan kesihatan sewaktu nak keluar dan masuk

“Swap test sama sahaja. PKPD langsung tak boleh keluar tapi PKPD pentadbiran yang boleh keluar masuk, saringan 100 peratus tetap dijalankan.” – SM

(Visited 286 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button