Ekonomi

Bintai Energy raih kontrak bekal peralatan minyak dan gas

BINTAI Kinden Corporation Berhad melalui anak syarikatnya, Bintai Energy Sdn Bhd telah diberi kontrak pembekalan bernilai RM4.43 juta oleh Petro Flanges & Fittings Sdn Bhd (PFF).

Bintai Kinden dalam pengumumannya berkata, anak syarikatnya telah diberi satu siri subkontrak tambahan oleh PFF untuk membekalkan paip keluli karbon/keluli tahan karat bergred tinggi, injap dan aksesori perpaipan kepada syarikat-syarikat dalam industri minyak dan gas (O&G).

Pengarah Eksekutif Binta Kinden Azri Azerai, Pengarah Eksekutif berkata, subkontrak itu adalah tambahan kepada beberapa subkontrak di bawah KBK dan melalui kerjasama yang ada dengan PFF melalui Bintai Energy adalah platform yang efektif yang boleh dimanfaatkan dan menguntungkan kedua-dua pihak.

“Di bawah subkontrak ini, kami membekalkan peralatan kepada pelbagai syarikat terkemuka dalam perniagaan dan aktiviti berkaitan O&G. Bintai Energy telah diberikan kontrak serupa sejak penubuhannya pada Mac 2022 dan kami berharap akan dapat memenangi lebih banyak kontrak sedemikian sesuai dengan kepakaran dan pengetahuan kami.” katanya di sini hari ini.

Bintai Kinden, melalui anak syarikat milik penuhnya Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd (KBK), mempunyai 51 peratus kepentingan dalam Bintai Energy, manakala baki kepentingan lagi dipegang oleh PFF.

KBK adalah pakar perkhidmatan kejuruteraan manakala PFF adalah pembekal paip, bebibir, kelengkapan, injap dan peralatan lain berkaitan O&G.

Dengan subkontrak terbaru ini, Bintai Energy telah mendapat sebanyak RM9.0 juta di bawah Usaha Sama Bintai Energy sejak penubuhannya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button