NasionalPolitik

“Biarlah Orang Tua Bergaduh Pasal Politik, Cabaran Kita Orang Muda Berbeza” – Netizen

Tidak dinafikan yang tinggal untuk berjuang bermati-matian kerana parti politik cuma tinggal saki-baki orang-orang tua sahaja.

Bagi generasi muda yang berpendidikan, mereka melihat politik sebagai satu tempat sampah kerana di situlah kekotoran boleh diangkat.

Kalau dari segi kesetiaan, tiada guna setia pada yang tidak memberikan keselesaan dan tak salah untuk mencari yang lain untuk kebahagiaan.

Maka tidak hairan generasi hari ini tidak terlalu termakan dengan budaya taksub parti kerana mereka percaya yang gerakkan hal-hal masyarakat adalah individu.

Jadi sebagus mana pun sesebuah parti itu, jika wakil rakyatnya perangai serupa tahi, habis tercalit ke semua muka orang-orang kampung.

Walaupun pun sesebuah parti itu serupa tongkang pecah lawan arus, jika wakil rakyatnya pandai kemudi sampan, sudah memadai bagi generasi muda.

Mendengar perbezaan fahaman ini, ramai golongan orang tua tidak bersetuju dengan generasi muda yang mereka anggap sebagai mentah.

Namun dalam sedar tak sedar, generasi muda yang mereka anggap mentah inilah akan menentukan undi besar dalam PRU-15 akan datang.

Kalau orang tua beranggapan rentak orang muda sebagai kolot, rasanya SPR wajib letakkan syarat layak mengundi haruslah berusia 60 tahun dan ke atas sahaja.

Biarlah Malaysia diperintah golongan orang zaman Nokia 3310, golongan orang zaman kamera Kodak serta golongan orang zaman MySpace, tak payah nak tunggu lama-lama untuk kebumikan Malaysia?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button