Politik

‘Berkubur’kah Dinasti Lim?

KOMENTAR

SEHINGGA komentar ini dilayangkan, masih belum ada khabar sahih dari Istana Negara mengenai penyelesaian kemelut peralihan kepimpinan kerajaan untuk membentuk apa yang dikenali Perikatan Nasional.

Kalau diikutkan atas kertas, bakal PM ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi `gigit jari’.

Berputih mata menanti buah yang tidak jatuh-jatuh menyandang jawatan nombor satu sejak menyertai UMNO masuk `melalui tingkap’ tidak lama selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981.

Adakah kemaraan Anwar yang tersekat ini juga menjadi petanda kejatuhan sekutu rapatnya, Dinasti Lim yang dianggotai anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Sebelum ini DAP masih ada satu lagi dinasti iaitu `Dinasti Karpal’.

Namun sejak pemergian Harimau Jelutong mendiang Karpal Singh enam tahun lalu (17 April 2014) akibat kemalangan jalan raya, `dinasti’ itu kelihatan tidak mampu lagi diteruskan oleh Gobind Singh, Jagdeep dan Ramkarpal.

Kalau ada satu lagi `dinasti’ pun, ia hanya dalam PKR. Namun Anwar dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah terus longlai dan tenggelam punca dalam politik tanah air.

Maka, satu-satunya `dinasti’ politik yang masih bertahan ialah anak beranak Lim ini.

Dinasti Lim walaupun terus bertahan, namun dengan `penangan’ Dr Mahathir dalam isu peralihan kepimpinan kerajaan sekarang, adakah survival politik mereka akan berkubur selepas ini?

PRU-14 tempoh hari menjadikan dinasti Lim bukan sahaja terus survive malah mengukuhkan kedudukan mereka, terutama Guan Eng yang mengetuai Kementerian Kewangan.

Dan biarpun berlaku siri pemberontakan terhadap dinasti ini seperti mana berlaku di Johor, Kedah, Selangor, Sabah serta Melaka, kedudukan dinasti itu terus utuh.

Di Kedah misalnya, sekitar Disember 2013, Pe­ngerusi DAP negeri itu, Lee Guan Aik membangkitkan rasa ti­dak puas hati beliau terhadap ­kepimpinan Guan Eng dalam DAP apabila dikatakan ­menggunakan kuasa autokratik melantik Zairil Khir Johari menjadi pengerusi DAP negeri.

Tindak tanduk DAP waktu itu dicap parti demokrasi yang paling diktator apabila menolak Guan Aik, Pengerusi DAP Kedah yang menang melalui pemilihan ­negeri manakala Zairil dipilih hanya berdasarkan atas faktor lantikan CEC DAP.

Siri pemberontakan terhadap dinasti Lim ini terjadi di lima negeri.

Kit Siang dan Guan Eng juga dikatakan tidak mempedulikan suara akar umbi dan kepemimpinan DAP yang marahkan mereka menjalin kerjasama dengan Tun Drt. Mahathir Mohamad.

Meskipun kalangan parti Melayu dalam Pakatan Harapan sendiri ada yang hairan dengan pusingan U paling drastik diambil Kit Siang ini, Dinasti Lim buat tidak kisah.

Ia dikatakan asalkan mahu kekal di kemuncak kuasa.

Namun apa yang berlaku hari ini mungkihkah menunjukkan jalan keluar kepada Kit Siang dan Guan Eng dari politik arus perdana ?

Atau petanda `berkuburnya’ Dinasti Lim? -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button