Uncategorized

Berikut Kod etika wartawan

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang akan menjadi garis panduan oleh agensi media sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat yang diyakini oleh rakyat.

Inisiatif Kementerian Komunikasi (KK) ini dilaksanakan menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen). Kod etika ini turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) JaPen.

KPM merupakan dokumen pengenalan diri pengamal media daripada agensi media yang diperakukan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan liputan acara rasmi.

Etika Kewartawanan Malaysia yang diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada tahun 1989 menjadi rujukan utama JaPen bagi pengurusan KPM JaPen sebelum ini. Seiring dengan evolusi industri media, kod etika tersebut dikemas kini dan menjadi panduan oleh semua pemegang KPM JaPen dalam melaksanakan tugas demi mendukung pembentukan masyarakat yang berinformasi.

Kod Etika Wartawan Malaysia baharu ini terdiri daripada lapan etika utama iaitu:
i. Wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk;
ii. Wartawan hendaklah telus dan berintegriti;
iii. Wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi;
iv. Pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi;
v. Kesahihan dan ketetapan maklumat;
vi. Wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber;
vii. Wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka; dan
viii. Wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button