Pendidikan

“Beri peluang kepada pelarian Rohingnya ke IPT tidak jejaskan kedaulatan negara”-Khaled Nordin

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata isu untuk memberi pelarian Rohingnya melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan tidak mengancam kedaulatan negara.

 

Perlarian Rohinya

Memetik laporan dari Berita Harian, menurutnya lagi, Malaysia merupakan sebuah negara bertamadun tidak boleh lari daripada sifat manusiawi dan ihsan.

“Tidak timbul (ancam kedaulatan), soalnya kita sebahagian daripada negara bertamadun memahami bahawa diharapkan dari negara kita untuk bantu mereka yang menjadi pelarian.

“Bagi kita, kalau ada tempat, tak ada halangan untuk beri (pelarian Rohingya sambung pengajian) kerana kalau nak masuk universiti bukan maknanya mereka macam yang kita tengok di sana,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Semarak Siswa MADANI.

Terdapat sesetengah pihak yang gusar dengan Langkah membenarkan pelarian Rohinya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di IPT tempatan dan bakal mengancam kedaulatan negara.

Menurut, Penasihat KPT, Prof Emeritus Dr Morshidi Sirat, pelarian Rohinya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi akan masuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tidak lama lagi.

Kos pengajian untuk pelarian itu pula akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar untuk Pembangunan yang diterima sebelum 2020 dengan jumlah AS$50 juta (RM231 juta).

Selain membantu etnik Rohingnya, pihak KPT turut membantu pelarian lain termasuk Palestin dan Syria.

Artikle Berkaitan:>

PH berdiri bersama golongan tertindas, dizalimi, kata Khalid Samad

Benarkan pelarian Rohingnya bekerja di Malaysia

Ismail cabar negara lain ambil warga Rohingya

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button