Politik

Berbaloi ke gubal perlembagaan Warisan untuk Tun Mahathir?

ADALAH tidak berbaloi bagi Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menggubal perlembagaannya bagi membenarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertainya.

Ini kerana parti berkenaan ditubuhkan untuk rakyat Sabah dan belum tentu penerimaannya di peringkat persekutuan sebaik parti sedia ada.

Justeru kenyataan daripada Pengerusi, Liew Vui Keong yang menyatakan Warisan perlu pertimbang pindaan perlembagaan untuk menerima Dr. Mahathir adalah tidak berfikiran jauh.

Hal demikian susulan terdapat perselisihan politik melibatkan rakyat Sabah dengan kerajaan persekutuan termasuk isu-isu pertikaian hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya tak fikir Mahathir sedia merendahkan dirinya kecuali beliau lebih terdesak daripada Shafie.

“Sekiranya Mahathir sertai parti itu dan menjadi pengerusinya, ia memberi gambaran Shafie dan partinya bawah perintah Tanah Melayu.

BACA > Azeez dengan jiwa terbuka setuju ajakan debat Mujahid — Suara Merdeka

Kata Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini.

Beliau juga menyifatkan Vui Keong tidak berfikiran jauh dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung spekulasi Dr. Mahathir akan menyertai Warisan.

Terdahulu timbul desas-desus mengatakan Ahli Parlimen Langkawi (bebas) akan menyertai Warisan bagi menyokong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Namun, kenyataan Vui Keong yang menggambarkan Warisan sedia menerima bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) mengundang amaran daripada penganalisis politik.

Menurut penganalisis dan juga ahli akademik dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr. Arnold Puyok mendakwa, kepincangan akan berlaku dalam Warisan jika Dr. Mahathir dibawa masuk.

BACA > SKMM denda Astro siar dokumentari Al-Jazeera mengenai Altantuya — Suara Merdeka

“Mereka perlu jelaskan fokus parti, hala tujunya, dan wawasannya.

“Kerana Mahathir tidak dikenali sebagai seorang yang menyokong autonomi untuk Sabah,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Kitingan pula, Dr. Mahathir sebelum ini berhadapan dengan tuduhan memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing.

Pemberian tersebut dikatakan berlaku secara sistematik melalui projek IC di sana.

“Projek IC 2.0 masih boleh berlaku. Sekiranya ia berlaku, kita akan terpaksa melupakan saja Perjanjian Malaysia dan hak negeri,” ujarnya.

BACA > Norma baru ini terima pencuri jika ia Melayu – Dr. Mahathir — Suara Merdeka

Tambah laporan itu lagi yang turut memetik sumber sebagai pemimpin kanan dalam Warisan memberitahu tidak semua dalam parti dapat menerima Dr. Mahathir. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button