Hiburan

Berat turun bukan sebab bercerai – Keith Foo

SELEPAS pelakon, Keith Foo mendedahkan yang dia sudah bercerai dengan model, Kim Raymond, ramai yang mula nampak perubahan fizikal lelaki itu.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mendakwa fizikal Keith nampak seperti makin menyusut hingga ada yang mendakwa perkara itu terjadi kerana penceraiannya.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa Keith mula merasa tertekan hingga menghilangkan selera makannya.

Bagaimanapun, Keith Foo menafikan perkara itu dan menjelaskan berat badannya susut kerana mengamalkan gaya hidup sihat. Ujarnya, dia dalam misi menguruskan badan sebelum berpisah lagi.

“Memang berat badan saya turun. Tapi bukanlah sebab bercerai… Kalau yang mengikuti saya di Instagram sebelum berpisah lagi saya dalam misi menguruskan badan.

“Benar macam-macam andaian mula kedengaran apabila saya berjaya menurunkan berat badan. Tapi saya sebenarnya mengamalkan gaya hidup sihat dan kurus bantuan produk makanan kesihatan, Cococurv,” katanya seperti dilaporkan Gempak.

Katanya lagi, dia menurunkan berat badan bukanlah kerana terdesak untuk nampak bagus dan hebat tetapi kerana kelangsungan dalam dunia seni memandangkan dia sudah lama menyepi serta perlu bersaing dengan bakat baru.

“Pada tahap dan zaman sekarang, soal menjaga badan itu bukan semata mata nak nampak hebat dan cantik dalam gambar. Apatah lagi tunjuk bagus. Ia kini lebih kepada gaya hidup.

“Saya buat semua ini juga demi survival dan kelangsungan dalam dunia seni. Sekian lama menyepi saya juga mahu tampil segar bersaing dengan bakat baru dan sedia ada secara positif,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button