Politik

Bendera gergasi di simpang Pokok Sena, Mata Ayer bakar semangat petugas, penyokong BN

NAIKKAN bendera gergasi logo kati (dacing) lambang Barisan Nasional (BN) sekaligus sebagai pembakar semangat kepada petugas untuk bekerja lebih kuat bagi memenangkan lagi parti ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer.

Juga memberikan semangat kepada penyokong BN supaya memastikan DUN Chuping malah Parlimen Padang sebagai kubu kuat yang sukar ditandingi lawan.

Majlis menaikkan bendera gergasi utk DUN Mata Ayer dan Parlimen Padang Besar ini diketuai oleh calon BN, Siti Berenee Yahaya di simpang tiga Pokok Sena, Mata Ayer, Perlis.

Turur hadir, Haslinda Ahmad sebagai wakil calon BN Parlimen Padang Besar, Zahida Zarik Khan yang masih dalam edah.

Siti Berenee berkata, bendera berukuran 15 kaki X 20 kaki ini menggabungkan 25 bendera disiapkan oleh seorang tukang jahit dalam tiga hari.

Beliau berkata, usaha untuk merealisasikan bendera gergasi ini dilakukan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pokok Sena.

Menyentuh mengenai kerusi DUN yang disandangnya, Siti Berenee berkata, setakat ini beliau tidak berani meletakkan harapan tinggi berdasarkan kepada perkembangan politik semasa.

Bagaimanapun katanya setakat ini hasil lawatannya dari rumah ke rumah mulai pukul 8 pagi sehingga 12 malam ternyata pengundi masih berkeyakinan hanya BN sahaja boleh membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Beliau juga tidak menjangka dengan penglibatan anak-anak muda di DUN ini yang dilihat begitu semangat berkonvoi dengan motosikal untuk berkempen.

Siti Berenee berharap, anak-anak muda ini akan menterjemahkannya kasih sayang ini kepada BN apabila mengundi pada 19 November nanti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button