Bella Pulih Seperti Sediakala & Yakin Untuk Bergaul Dengan Rakan – Perdana Menteri
Kabinet telah memutuskan membentuk Jawatankuasa (JK) Kabinet Melindungi Kumpulan Rentan seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta wanita.
JK Kabinet itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kerajaan akan melihat secara menyeluruh berkait dengan penjagaan dan kebajikan.
“Antara yang akan dilihat merangkumi pendaftaran pusat jagaan, mempermudahkan urusan pendaftaran dan pindaan akta lapuk.
“Selain pindaan akta lapuk mengeluarkan sijil kelahiran, penstrukturan semula Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dilaksanakan,” kata Perdana Menteri menerusi Facebooknya.
Perdana Menteri berkata demikian selepas mengadakan ziarah di institusi Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) bagi bertemu dan bertanya khabar adik Bella, hari ini.
@suaramerdekamy Kerajaan ambil serius permasalahan ini. Awas!
Ujar Perdana Menteri lagi, Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat intervensi dengan menyelamatkan Bella dengan membawa keluar dari rumah jagaan dulu.
“Rumah jagaan baru di Seremban telah menjaga Bella dengan baik. Hari ini saya bertemu Bella, Bella sudah pulih seperti sediakala, berkeyakinan tinggi untuk bergaul dengan rakan-rakan.
“Terima kasih kepada kakitangan pusat jagaan di Seremban ini. Kes seperti Bella merupakan antara banyak kes yang berlaku tetapi tidak dilaporkan,” dedah Perdana Menteri.
Bukan sahaja isu penderaan semata-mata namun terdapat juga juga isu anak yatim yang dihantar ke rumah anak yatim tidak mempunyai dokumen seperti sijil kelahiran dan lain-lain.
“Banyak pusat-pusat jagaan yang tidak didaftarkan serta menyukarkan pemantauan dan Kerajaan mengambil serius isu Bella ini,” katanya Perdana Menteri.