Bekas pemandu lori dipenjara 33 tahun kerana lacurkan isteri dan anak
SEORANG bekas pemandu lori berusia 44 tahun dipenjara selama 33 tahun atas kesalahan melacurkan isteri dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada 11 Julai tahun lalu.
“Seorang wanita telah membuat laporan polis memberitahu anak saudaranya telah dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandungnya.
“Siasatan lanjut kemudian tuut mendapati yang lelaki tersebut telah melacurkan isterinya yang juga seorang jurujual di sebuah pasar raya yang berusia 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Mohd. Zaid, suspek kemudian disiasat di bawah pada 8 Februari lalu, suspek telah mengaku bersalah di atas kesalahan yang dilakukan.
Ujarnya, Hakim Mahkamah Seksyen Klang (ATIPSOM) menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dari tarikh tangkap dan RM10,000 pampasan atas kesalahan melacurkan isteri dan sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara akan dijatuhkan.
“Bagi kesalahan melacurkan anak, hukuman 18 tahun penjara dari tarikh tangkap dan bayaran RM10,000 ribu pampasan. Sekiranya gagal membuat bayaran pampasan, tambahan enam bulan penjara turut dijatuhkan.
“Kedua-dua hukuman akan dijalankan secara berasingan yang menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 33 tahun dan pampasan berjumalah RM20,000,” katanya.
Jelasnya, orang ramai diseru untuk terus melaporkan kepada pihak polis berhubung kejadian sebegini agar pesalah-pesalah ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya .
Tambahnya, perlakuan jenayah atas kesalahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) merupakan kesalahan yang serius dan akan diambil tindakan yang tegas disisi undang-undang. -SM