Politik

Bekas pegawai Lim Guan Eng jelmaan kaum Nabi Lut

Bekas pegawai Lim Guan Eng, Yap Soo Huey ibarat jelmaan salah seorang daripada kaum Nabi Lut apabila berjaya berkahwin dengan pasangannya yang merupakan seorang wanita.

Dalam bahasa mudah, Soo Huey yang juga merupakan bekas ADUN DAP di Pulau Tikus bukan sahaja merupakan seorang lesbian malah pendukung ideologi LGBT yang dilaknat.

Tindakan Soo Huey yang memilih jalan songsang untuk melampiaskan nafsunya yang luar biasa itu disanjung rakan-rakan terdekat dengan ucapan tahniah serta puji-pujian yang manis.

Lim Guan Eng dan Yap Soo Huey
Lim Guan Eng dan Yap Soo Huey

Kira Barden yang putih dan gebu

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Soo Huey tidak segan untuk berkongsi cerita bahawa Kira Barden adalah seorang wanita yang bergelar pasangan hidupnya.

“Satu perkara istimewa terjadi beberapa lepas. Saya dan pasangan melamar antara satu sama lain. Kami katakan ‘Ya’,” tulis Soo Huey dengan hati yang berbunga.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button