NasionalNegeri

Bekas kebun Musang King diceroboh lagi

Bina 7 parit elak hutan simpan

PEJABAT Hutan Daerah (PHD) Raub membina tujuh parit bagi menghalang Hutan Simpan Kekal Batu Talam diceroboh lagi pada masa hadapan.

Pegawainya, Shahril Mohamad berkata, dua parit dibina untuk memutuskan laluan masuk utama ke kawasan terbabit manakala lima lagi di beberapa tempat dalam kawasan bekas kebun durian Musang King haram dalam hutan simpan kekal itu.

Kerja membina parit sepanjang 0.9m dan sedalam 1.52m itu menggunakan jengkaut mengambil masa dua hari selepas kerja menanam pokok hutan selesai sepenuhnya Sabtu lalu, tambahnya.

Pembinaan parit-parit berkenaan menandakan tamatnya Operasi Pamah yang bermula pada 3 Julai, lapor Harian Metro.

Menerusi Operasi Pamah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menebang pokok-pokok durian Musang King yang ditanam secara haram di keseluruhan lebih 101 hektar di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam.

“Kita berharap dengan adanya tujuh parit besar itu Hutan Simpan Batu Talam tidak lagi diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan diri sendiri menerusi projek pertanian yang diusahakan.

“Hutan Simpan Kekal Batu Talam adalah kawasan tadahan air yang menjadi sumber bekalan air pada penduduk daerah ini,” kata Shahril.

Kata Shahril lagi, pihaknya akan terus memantau kawasan terbabit menggunakan dron bagi memastikan tiada lagi pencerobohan untuk sebarang tujuan.

Sementara itu, JPNP menanam sebanyak 19,293 pelbagai spesies pokok hutan antaranya Merawan, Meranti, Balau dan Keruing.

“Kita juga menanam sebanyak 610 spesies pokok nadir membabitkan 200 pokok sentul dan 410 pokok tampoi berusia enam bulan hingga setahun, yang ditanam secara berselerak,” kata Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat JPNP Wan Ghazali Wan Ali.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button