Bekalan pulih sepenuhnya: Air Selangor ucap terima kasih atas kesabaran
BEKALAN air yang terganggu di Selangor dan Kuala Lumpur sejak tujuh hari lalu kini kembali pulih sepenuhnya hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Elina Baseri berkata, syarikat tersebut berterima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air.
“Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd ingin memaklumkan bahawa kesemua kawasan di 7 wilayah yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadial di wilayah Klang dan Shah Alam, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak dan Kuala Lumpur ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang pada 3 September telah pulih sepenuhnya.
“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih di atas kesabaran para pengguna sepanjang tempih gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata Elina dalam satu kenyataan.-SM