Nasional

Covid-19: Malaysia catat peningkatan tiga angka, vaksin masih tiada -PM

EKORAN peningkatan jumlah kepada tiga angka kes baharu Covid-19, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat negara ini agar kekal berjaga-jaga kerana bimbang risiko yang bakal kita semua hadapi.

Muhyiddin berkata, risiko dan bahaya penularan wabak tersebut masih ada dan ia belum selesai.

Beliau berkata, menurut pakar perubatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), keselamatan rakyat tidak akan terjamin selagi vaksin masih belum ditemui.

“Kerajaan telah buat keputusan bahawa mesti ada tindakan yang tegas dan segera diambil untuk menentukan rantaian wabak Covid-19 ini tidak terus menerus menular.

“Kita tahu walaupun kita tidak mengeluarkan vaksin tetapi vaksin mesti ada di hadapan rumah kita.

“Tindakan sedang diambil untuk menguruskan soal penting ini (vaksin) dan kerjasama dengan negara pengeluar sudah kita jalin untuk jamin bekalan mencukupi pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keempat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi, seperti mana dilaporkan oleh BERNAMA.

Kes baharu Covid-19 meningkat kepada tiga angka hari ini, iaitu 100 kes berbanding 62 kes semalam menjadikan kes positif kumulatif di Malaysia kini berjumlah 9,559 kes. – SM

 

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button