Nasional

Bayaran fasa dua BKC dibuat mulai esok

PEMBAYARAN fasa dua Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat mulai esok (Khamis) ini dengan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, bujang dan warga emas kategori miskin.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, pembayaran itu melibatkan peruntukan berjumlah RM300 juta.

“Keluarga Malaysia B40 yang lain pula jangan risau, fasa tiga BKC akan dibayar pada bulan Disember 2021 untuk penerima isi rumah kategori miskin dan juga B40. Yang ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.”

Dalam pada itu, katanya, secara keseluruhan, sejumlah RM4.6 bilion akan disalurkan menerusi BKC dengan memanfaatkan 10 juta ahli Keluarga Malaysia. Beliau berkata, untuk semak kelulusan berbuat demikian di portal Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Bagi tahun depan kita ada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2bilion iaitu dengan peningkatan 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion BPR. Insya-Allah lebih ramai rakyat akan terima bantuan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button