Luar Negara
Bapa setia pegang tangan jenazah anak biar pun dihempap konkrit
KASIH sayang seorang bapa hingga ke hujung nyawa setia memegang tangan jenazah anaknya untuk dikeluarkan dari bawah timbunan konkrit akibat kesan gempa bumi yang telah tertimbus dalam runtuhan.
Gempa bumi yang berlaku di Turkiye telah menyebabkan gadis berusia 15 tahun terbabit menjadi salah seorang mangsa yang terkorban.
Jumlah mangsa korban meningkat melebihi 11,200, penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa terselamat yang terperangkap di bawah runtuhan dalam musim sejuk.
Pegawai dan petugas perubatan berkata, 8,574 orang maut di Turkiye dan 2,662 di Syria akibat gempa bumi 7.8 magnitud kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan 11,236.
Menurut sumber dari pegawai keselamatan hampir 50,000 orang turut cedera di Turkiye dan 5,000 lagi di Syria.