Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia
BAPA pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki, Aksan Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada kira-kira pukul 2.57 pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Afdlin menerusi media sosial Instagram (IG)nya yang meminta agar orang ramai sedekah Al-Fatihah kepada arwah bapanya.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL. Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman.
“Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta.
“Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa,” tulisnya.
Sebelum itu, bapa Afdlin telah menjalani pembedahan di pusat perubatan berkenaan. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan tentang penyakit yang dialami Allahyarham. -SM