Ekonomi

Bank Rakyat tawar pulangan tunai 5% menerusi kempen Petrol Khamis!

BANK RAKYAT menawarkan pulangan tunai 5% menerusi kempen Petrol Khamis! (Fuel Thursday!) bagi pelanggan yang berbelanja menggunakan Kad-Kredit-i Bank Rakyat untuk setiap transaksi pembelian petrol dan barangan lain di mana-mana stesen minyak di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Syed Abdul Aziz Syed Hassan, pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat boleh menikmati tawaran ini pada setiap hari Khamis bermula pada 13 Januari sehingga 5 Mei 2022.

“Lebih menarik, bagi setiap transaksi yang dilakukan, tiada perbelanjaan minimum yang diperlukan untuk menikmati manfaat pulangan tunai ini. Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak pulangan tunai yang menanti anda. Bagaimanapun, pembelian yang dilakukan di stesen minyak tersebut mestilah barangan patuh Syariah.”

“Selain itu, penyertaan bagi kempen ini juga adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan. Kesemua pulangan tunai akan dikreditkan pada kitaran penyata bulanan yang berikutnya. Manfaat pulangan tunai ini juga adalah tanpa had dan tiada had bulanan yang dikenakan sepanjang tempoh kempen berlangsung,” tambah beliau.

Sementara itu, Dato’ Syed Abdul Aziz berkata, kempen ini yang mana bertepatan dengan semangat serta konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diterapkan oleh Kerajaan, melambangkan komitmen dan keprihatinan Bank Rakyat dalam membantu meringankan beban kewangan masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan yang terjejas banjir baru-baru ini.

“Diharapkan kempen ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos perbelanjaan harian mereka yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan luar jangka untuk bangkit semula bagi membeli perkakas dan barangan keperluan harian termasuk membaiki rumah dan kenderaan mereka yang rosak akibat banjir,” ujar beliau.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 80 5454 atau Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03 2693 6880, kunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran dan ikuti media sosial rasmi Bank Rakyat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button