Nasional

Banjir di Johor ragut nyawa mangsa pertama

BANJIR yang melanda Johor meragut nyawa pertama membabit seorang penduduk Kampung Contoh, di Kahang,  Kluang.

Mangsa dikenali sebagai Halijah Majid, 59, yang lemas selepas tergelincir ke dalam longkang besar di hadapan rumahnya

Ketika kejadian mangsa cuba meredah banjir untuk ke pusat pemindahan sementara.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek, berkata,  sepasukan sembilan anggota sedang menjalankan kerja menyelamatkan mangsa banjir di kampung terbabit.

“Kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi, pasukan penyelamat dimaklumkan bahawa seorang mangsa wanita terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya.

“Susulan itu, anggota terus digerakkan ke lokasi kejadian sebelum mendapati benar mangsa terjatuh ke longkang sedalam kira-kira tiga kaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Akob, mangsa ditemui orang awam yang turut membantu usaha mencari dan menyelamat.

“Anggota penyelamat kemudian cuba memberi bantuan pernafasan tetapi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button