PolitikRencana
Trending

Badi Najib Razak, sumpah anak beranak

Komentar

MEMANG tidak boleh dinafikan, walaupun bergelar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah mempunyai badi yang menghantui pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Walaupun sudah dua tahun kita meninggalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan kekalahan Barisan Nasional, jari pemimpih PH terus dituding ke arah Ahli Parlimen Pekan itu.

BACA > Bukan Mukhriz sahaja, Lim Kit Siang pun kalah dengan Bossku — Suara Merdeka

Banyak kegagalan dalam dasar kerajaan yang dibawa PH, malah ketidakupayaan menunaikan manifesto mereka sendiri pun salah Najib.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pernah salahkan Najib berhubung isu bayaran balik cukai GST yang didakwa berjumlah RM16 bilion.

Kemudian, bapanya pula, Lim Kit Siang, salahkan Najib. Pertengahan tahun lalu, Najib dituduh menjadi punca Jho Low melepaskan diri ke luar negara.

Malah, obsesi Ahli Parlimen Gelang Patah yang terus menyerang Najib dalam pelbagai isu menyebabkan bekas Perdana Menteri menggelar Kit Siang sebagai pemegang portfolio MenheN (Menteri Hal Ehwal Najib).

Bergandingan dengan mereka sudah semestinya bekas Perdana Menteri ke 4 dan 7, yang serba serbi menyalahkan Najib dalam segala hal dihadapinya baik dalam kerajaan mahupun pembangkang sekarang.

Mula-mula dahulu Tun Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan Najib kerana kejatuhan saham Proton dalam tiga tahun terakhirnya sebagai Perdana Menteri ke-4.

Kemudian, beliau berkempen bersama PH menyalahkan Najib sehingga berjaya menjadi kerajaan. Sudah jadi kerajaan pun terus salahkan Najib kerana tak dapat tunaikan janji 100 hari.

BACA > Siasatan rasuah: Khalid dakwa broker perguna nama bekas setiausaha politiknya — Suara Merdeka
BACA > Survival hidup mati Bersatu di tangan Muhyiddin, Dr. Mahathir — Suara Merdeka

Hutang negara terus melonjak ketika PH memerintah pun Najib juga yang salah.

Sampaikan, Dr. Mahathir letak jawatan dan pemimpin dari PH gagal jadi Perdana Menteri ke-8 pun Najib juga yang disalahkan.

Lepas tanpa bebas yang diputuskan Mahkamah Sesyen terhadap anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz pun beliau juga yang salah.

Lebih tragik, anak Dr. Mahathir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kehilangan sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pun salah Najib.

Dua kali Mukhriz kena ‘buang’ daripada jawatan nombor satu kerajaan Negeri Kedah, kali pertama pada 2016 dan ke dua pula semalam.

Dalam kenyataan sidang akhbarnya, Mukhriz menyalahkan Najib yang menyebabkan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini akhirnya berpaling.

Habis, kerana badi Najib ini anak beranak terbuang daripada kerusi kerajaan yang diduduki mereka selama 22 dan 24 bulan. Walaupun Kit Siang tidak pegang jawatan dalam kerajaan.

Begitu dahsyat penangan ‘badi Najib’. Apabila beliau turun daripada jawatan Perdana Menteri selepas kalah PRU-14, badi itulah yang ditinggalkannya.

Bak kata Najib dalam Twitternya sebelum ini, “benda boleh salahkan Najib buat apa nak mengaku salah sendiri.”

Malah ada yang kata, mereka terkena sumpah laknat yang dilafaz Najib pada 20 Disember lalu di Masjid Kampung Bharu.

BACA > Rakyat rindukan negara yang aman, tenteram dan kerajaan yang berfungsi — Suara Merdeka
BACA > Demi prinsip perjuangan, saya tetap ikut Tun Mahathir – Marzuki — Suara Merdeka

Rasanya, Najib kena lepaskan jawatan ‘Bekas Perdana Menteri’, baharulah PH akan berasa lega dan tiada lagi salah yang didakwa berpunca daripada beliau. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button