‘Back To Nature’ dan ‘Golden Hour ‘ tema dari pereka fesyen Arunsayfulldesiree di KLFW
PEMENANG anugerah The Emerging Womenswear Designer of The Year 2023 di Kuala Lumpur Fashion Award 2023, Arunsayfulldesiree sekali lagi menghangatkan pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024) dengan koleksi mewah bertemakan Golden Hour.
Sebanyak 48 rekaan akan diketengahkan Arunsayfulldesiree, di mana 12 daripadanya diciptakan khusus buat jenama barangan kemas Poh Kong, manakala 36 rekaan pula adalah hadiah istimewa buat penggemar jenama fesyen berkenaan sempena KLFW.
Menurut 3 pereka fesyen yang berbakat ini, ada dua tema yang di pamerkan di KL Fesyen Week yang berlangsung di KLCC semalam.
‘’Rekaan tema malam ini, adalah kelahiran semula sebelum ini Arun Sayfull Cuma dua orang kini kami rebrading semula 3 orang di mana Arun, Sayfull dan Desiree, dari segi tema kami memilih Back To Nature’ macam mana kita lahir bila kita mati akan tanah jua.
‘’Setiap koleksi melambang lambang ‘forest, sea dan animal’ semua itu lambang nature, koleksi ini focus kepada individu itu sendiri seperti client kami.
Mengulas lebih lanjut tentang Kerjasama dengan Poh Kong yang menggabungkan fesyen dan emas di acara itu kata mereka lagi, tema sculpture menjadi pilihan Arunsayfulldesiree khusus untuk koleksi Poh Kong yang menggabungkan perhiasan emas bersama setiap satu persalinan rekaannya.
‘’Kita lihat bentuk emas itu sendiri adalah sculpture basic, di mana setiap rekaan perlu ada elemen sculpture yang akan memberi elemen segar pada perhiasan Poh Kong itu, idea ini tercetusnya berdasarkan inspirasi kita melihat emas dan perhiasan’’, Katanya semalam selepas selesai acara KL Fesyen Week.
Apabila kedua-duanya digabungkan, maka melahirkan tema yang satu iaitu Golden Hour. KLFW 2024 merupakan koleksi termewah yang pernah direalisasikan Arunsayfulldesire dan dalam masa yang sama memberi nafas baru serta bersifat inovatif.
Kemewahannya terletak pada potongan, perincian dan pemilihan fabrik yang dilukis dan dicetak Arunsayfulldesiree sendiri.
“Teknik-teknik yang kami tampilkan pada koleksi kali, ini akan membuka mata industri fesyen tanah air tentang betapa teknikalnya Arunsayfulldesiree.
“Malah seperti yang sedia maklum, setiap koleksi kami di awal pembabitan lagi adalah berkenaan alam semula jadi. Jadi kami masih mahu meletakkan DNA alam semula jadi ini dalam jenama kami.
“Cabaran yang kami hadapi ialah dari segi pembuatan pakaian, teknik jahit, potong pola dan penyusunan. Di mana kami ingin memastikan koleksi yang kami tampilkan kali ini kekal relevan dengan pakaian seharian,” kata tiga gabungan pereka fesyen ini.
Arunsayfulldesiree merupakan sebuah jenama tempatan yang terdiri daripada 3 pereka muda yang sangat berbakat besar iaitu Arun Mateen berusia 29 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang manakala Saiful Izham yang berusia 37 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah dan terbaru Desiree,24 kacukan Indonesia dan Switzerland.
Rekaan adi busana mereka sentiasa tidak mengecewakan kerana mempunyai citarasa mewah, unik dan lain daripada yang lain. Rekaan Arunsayfulldesiree cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah.
Artikle Berkaitan :>
MFWS kembangkan usahawan wanita dan fesyen ke peringkat global
Bulan Bintang lancar kempen ‘The Terrrrpaling Raya’ dengan pertunjukkan fesyen gilang gemilang