Bacaan darah tak stabil dan degupan jantung laju, Maria Tunku Sabri dikejarkan ke PKRC Maeps
PENGACARA popular, Maria Tunku Sabri terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapat rawatan rapi selepas dijangkiti Covid-19.
Menurut Maria, dia terpaksa dikuarantin di PKRC selepas bacaan darah tidak stabil, degupan jantung laju dan masih demam selepas melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Hulu Klang.
Tiga hari lalu, suami Maria telah disahkan positif selepas menjalankan ujian saringan manakala dirinya pula masih negatif ketika itu.
Mereka kemudian menjalani proses kuarantin di rumah dan hanya Maria sahaja yang dibawa ke PKRC.
Sementara itu, Maria berkata dia redha dengan apa yang berlaku dan menganggap sakitanya itu sebagai penghapus dosa.
Dia turut meminta maaf kepada semua keluarga, rakan-rakan dan sesiapa yang mengenalinya selama ini.
“Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT,” katanya.