Politik

Azhar, Azalina Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

DATUK Azhar Azhar Azizan@Harun mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu petang tadi.

Nama beliau dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Peraturan Mesyuarat 4 (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat kosong apabila usul dikemukakan Muhyiddin bagi tujuan tersebut berjaya mendapat sokongan 111 undian bersetuju manakala 109 undi menolak dan seorang anggota Parlimen tidak hadir. Azhar menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Sementara itu, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu selepas Nga Kor Ming meletak jawatan serta-merta.

“Oleh kerana hanya ada seorang sahaja ahli yang telah dicadangkan dan disokong untuk memenuhi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 6 (2) dibaca bersama peruntukan Peraturan Mesyuarat 4 (3).

Related Articles

“Saya dengan ini memasyhurkan Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,” kata beliau.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button