Politik

Azalina sokong Zahid, kerusi Mersing tetap milik UMNO

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said  menyatakan sokongan terhadap kenyataan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sokongan itu dilakukan menerusi ulang ciapan Ahmad Zahid di Twitter bagi berhubung satu kenyataan sindiran yang dikeluarkan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Menurut Ahmad Zahid, partinya tetap akan menuntut kerusi parlimen Mersing yang kini disandang Menteri Pembangunan Luar Bandar itu.

Beliau menegaskan pendirian tersebut pada hantarannya di media sosial malam ini.

“Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO. “UMNO kekal relevan.”

BACA > Setiausaha politik ambil ‘habuan’ sekali untuk bekas menterI — Suara Merdeka

Katanya tadi seperti dipetik laporan Malayiakini selepas Abdul Latiff semalam mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas kenyataannya

“UMNO tidak laku di Sabah” telah disalah anggap.

“Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf sekiranya kenyataan saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Latiff yang juga pemimpin Bersatu membuat kenyataan dalam sebuah forum terbuka yang kemudian menjadi tular dalam media sosial.

“Orang Sabah dia tak panggil lompat, dia panggil hijrah. Biasa dari Berjaya ke PBS, PBS pergi Umno.

BACA > PBT digesa bantu, mudahkan usahawan tempatan — Suara Merdeka

“Sekarang ini UMNO sudah tak lakulah. Maksud saya parti itu di Sabah. Itu realitinya kerana (orang) tak yakin.

Semua yang lompat juga sudah hijrah ke Bersatu,” kata menteri berkenaan.

Untuk rekod, Abdul Latiff ialah antara beberapa bekas ahli parlimen yang meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu selepas kekalahan BN pada PRU-14 lalu.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Mersing, Tajudin Saad berpendapat, penduduk di sana lebih mengenali Abdul Latiff sejak beliau menjadi wakil rakyat lagi.

Abdul Latiff bermula sebagai Ketua Pemuda di Bahagian Mersing sehinggalah dilantik sebagai Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dalam laporan tersebut, Tajudin menyifatkan Abdul Latiff melupakan jasa parti komponen Barisan Nasional itu. yang menganugerahkan pelbagai jawatan.

BACA > Putu Bambu World sedia gilap usahawan francais — Suara Merdeka

Menurutnya, UMNO telah berjuang di Mersing, Johor sekian lama tetapi kerana keegoan Abdu Latiff, parti itu telah dihina. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button