Hiburan

Apa kaitan anak Rita Rudaini dan lagenda JDT?

PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa kesal terhadap sebuah portal menggunakan tajuk ‘Anak Lagenda JDT’ berikut  kejayaan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin yang memecahkan beberapa rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita turut mempersoalkan tindakan portal berkenaan menggunakan tajuk sedemikian untuk berita anak sulungnya itu.

“Aku penat bela dari kecil, tiba-tiba tajuk ‘anak lagenda JDT’. Kepala atok hang

“Saja nak viral cara jahat.

Bukan itu sahaja, Rita turut mempersoalkan siapakah ‘legenda JDT’ yang dimaksudkan portal berkenaan.

“Siapa legenda JDT tu? Apa kaitan dengan anak aku jaga”.

“Legenda celah mana?”.

Terdahulu, anak sulung Rita menerima pujian ramai selepas memecahkan rekod dalam acara balapan Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2024 iaitu bagi kategori 100 meter (m) dan larian 200 meter (m)

Untuk rekod, Rayyan adalah anak hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan pada 2008. Rita dan Aidil kemudian sah bercerai pada September 2013.

Selain Rayyan, mereka turut dikurnikan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna, 13 tahun.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button