NasionalUncategorized

Apa beza balik kampung dengan balik dari luar negara?

RAKYAT Malaysia yang berada di luar negara yang berisiko tinggo dari luar negara boleh dibawah balik. Tetapi yang dalam negara mahu balik kampung tidak dibenarkan.

Itu antara rungutan para netizen yang berhujah bahawa membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara jauh lebih berisiko untuk turut membawa balik sama wabak Covid-19.

Mereka tidak faham kenapa kerajaan sanggup berhabis duit untuk membawa balik kumpulan yang berisiko tinggi ini, sedangkan ketika mereka keluar negara untuk melancong ketika wabab Covid-19 sudah pun menular tidak difikirkan semua itu.

Bagi kakitangan kerajaan atau mereka yang sememangnya bertugas di pejabat-pejabat perwakilan di seluruh dunia itu kita faham. Tetapi yang kita tidak faham ialah kerajaan bersungguh-sungguh mengutip mereka yang ke luar negara kerana melancong.

Sewaktu mereka mahu bergerak ke luar negara dahulu bermacam-macam alasan angkuh yang merek beri. Yang paling clise ialah ‘sayang sebang tiket dan beli, hotel dah tempah’.

Kalau dah sayang, ini lah masanya untuk mereka meluangkan masa lebih lama di luar negara. Tunggu sampai wabak Covid-19 ini dan reda barulah balik.

Tidak perlu terhegeh-hegeh suruh kerajaan lakukan operasi ‘menyelamatkan’ mereka di luar negara. Bukan sahaja kos tinggi, tetapi risiko juga tinggi. Mereka ini besar kemungkinan akan menambahkan lagi jumlah jangkitan dalam negara.

BACA

Ini bukan cakap-cakap tepi jalan atau kedai kopi, sebab kedai kopi semua tutup sepanjang PKP ini.

Tetapi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, bahawa penuntut dan pekerja Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara mempunyai potensi menyumbang kepada angka kes dari luar COVID-19.

Pada mulanya, kata Noor Hisham, mereka menjangkakan hanya mereka yang pulang dari lima negara iaitu China, Iran, Itali, Jepun dan Korea Selatan yang mungkin berisiko tinggi, tetapi keadaan menjadi lebih membimbangkan sekarang selepas  lebih daripada 172 negara menyekat perjalanan seberang laut.

“Kebimbangan kami ialah kes dari luar, sesiapa yang datang ke negara kita, jadi mereka mungkin berpotensi sebagai pembawa virus,” kata Noor Hisham.

Beliau memberitahu gelombang pertama berkaitan pelancong dari China, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kerana ketika Covid-19 sudah menular sekitar Februari, negara kita masih membenarkan kedatangan pelancong dari China termasuk dari Wuhan.
Gelombang kedua berkaitan kes dari luar, termasuk rakyat Malaysia di luar negara yang dibawa pulang melalui beberapa misi khas.
Lebih menyakitkan hati, kumpulan yang pulang dari luar negara ini mendapat layanan berbeza ketika kuarantin. Mereka ini dikuarantil di hotel dengan segala kemudahan. Itu mereka masih banyak songel hingga digelar kluster kayangan oleh para petugas barisan hadapan.
Berbanding kuarantin kluster tabligh hanya di kuarantin di hospital kusta Sungai Buluh sahaja.
Sebab itu ada netizen mencadangkan jika mereka dari luar negara boleh dibenarkan pulang, maka yang berada dalam negara pun elok benarkan mereka balik kampung. Risikonya lebih kurang sama saja. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button