Politik

Anwar terselamat daripada ‘jerat’ Dr. Mahathir

PENOLAKAN pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekali lagi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai tindakan tepat.

Ini kerana, Presiden PKR itu pasti belajar daripada peristiwa lepas apabila Pakatan Harapan (PH) berhadapan konflik untuk beralih kuasa daripada Ahli Parlimen Langkawi.

Malah, akibat konflik tersebut memperlihatkan kerajaan PH tumbang apabila pemegang tampuk pimpinan negara kali kedua itu meletakkan jawatan selepas percaya hilang sokongan.

Bagaimanapun, cubaannya untuk mendapatkan semula jawatan itu dilihat hampir mustahil apabila ‘jerat’ yang dipasang bagi ‘memerangkap’ Anwar tidak mengena.

“Antara kelebihan politik Tun Mahathir sepanjang masa adalah begitu mudah menjerat mangsanya.

Related Articles

“Antara kelebihan PAS sepanjang masa adalah sentiasa berjaya melepasi jerat Tun Mahathir.

BACA > Ketahanan tubuh bekas pesakit COVID-19 tidak kekal — Suara Merdeka

“Mahathir pada hari-hari tuanya kini, terus mengekalkan hobinya itu dengan galak menjerat mangsanya.

“Dulu dia menjerat sebelah malam saja. Kini, pada waktu siang panas ‘tang-tang’ pun dia mampu menjerat.

MAHATHIR ANWAR
NIK MUHAMMAD ABDUH

“Peliknya, DAP pun mampu dijeratnya mudah-mudah. Maka, pelik sangatlah kalau Tun Mahathir tak mampu jerat PAN. Itu kacang.

“Nasib baik, DSAI (Anwar) dah serik. DSAI tak perlulah fikir nak jerat balas Tun Mahathir. Tak perlu.”

Demikian kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Muhammad Abdul Nik Abdul Aziz yang dipetik portal HarakahDaily semalam.

Dalam kenyataan tersebut, beliau juga mendakwa bekas Perdana Menteri 22 tahun dan juga 22 bulan itu kini memasuki jeratnya sendiri.

BACA > Agenda tersirat DAP pecah monopoli TNB — Suara Merdeka

Dakwaan demikian apabila konflik dalaman PH yang tidak berkesudahan terutama Anwar yang juga pengerusi pakatan itu dilihat tidak ‘sekepala’ dalam persetujuan pemilihan Dr. Mahathir.

“Tun Mahathir sudah terjerat dengan kehidupan masa mudanya dahulu dan kini tali-tali itu semakin menjerut dirinya sendiri.

“Itu yang PAS lihat. Nak bantu dia keluar pun, dia dah selesa hidup terjerat dalam kehidupan ciptaan sendiri itu.

“Kehidupan ini, siang dan malam adalah jerat. Beruntunglah mereka yang bercahaya hidayah. Ia mampu menyuluh pada siang dan malam,” ujarnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa DAP supaya menjemput Dr. Mahathir menyertai parti tersebut supaya boleh dipilih sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan keahlian dan jawatannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tergugur secara automatik pada Mei lalu.

BACA > Tiket tren, ETS perjalanan 1 – 14 Julai mula dijual hari ini — Suara Merdeka

Turut menerima nasib sama adalah empat pemimpin lain termasuk anaknya Datuk Seri Mukhriz, Dr. Mazlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button