Anwar nasihat Shahidan usah bertanding kalau bukan calon PM seperti beliau
DATUK Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Datuk Seri Shahidan Kassim tidak sepatutnya bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presiden Pakatan Harapan (PH) ini berkata, Shahidan sepatutnya dapat memberi peluang kepada orang muda.
Katanya, lainlah kalau Shahidan bertanding sebagai calon Perdana Menteri (PM), kalau tidak tak payahlah.
“Saya ini gagah (terpaksa) bertanding sebab depa (parti) letakkan sebagai calon PM,” katanya ketika berucap di Kenduri Rakyat di Kampung Mengkuang Layar, Utan Aji, Arau, Perlis.
Pada majlis berkenaan kesemua calon PH di tiga Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Anwar juga sempat menyindir Shahidan yang katanya beliau sendiri tak pasti bertanding parti mana.
“Dia (Shahidan) adalah Mursyidul Am yang baharu,” kata Anwar lagi.
Anwar berkata, PH meletakkan calon muda, Fathin Amalina Fazlie, 26 di Parlimen Arau untuk bertanding dengan Shahidan.
Katanya, calon PHD ini dilihat berbakat sebagai pemimpin muda sebagai pelapis masa depan. – SM