Nasional
Anwar Ibrahim berlepas ke Turkiye untuk beri sokongan moral
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berlepas ke Turkiye bagi menyatakan sokongan moral kepada Presiden Reccep Tayyip Erdogan dan rakyat negara itu yang dilanda gempa bumi awal minggu lepas hingga mengorbankan puluhan ribu nyawa.
Lawatan sehari itu turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Amrizan Mohd Ali.