Anwar ajak rakyat hayati amanat ‘Membangun Malaysia Madani’
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat mengikuti dan memahami amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ yang akan disampaikan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi ini.
Melalui hantaran di Facebook, beliau berkata, r berkata program itu sebagai usaha dan upaya untuk mencipta lonjakan baru buat negara.
Amanat bertajuk ‘Membangun Malaysia Madani’ itu dijadualkan bersiaran pada 11.30 pagi.
Amanat itu akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen media tempatan seperti Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain menerusi Facebook Live Institut Darul Ehsan.
Perdana Menteri kemudian menyempurnakan montaj dan gimik pelancaran buku ‘Membangun Negara Madani’.
Buku yang diterbitkan Institut Darul Ehsan (IDE) itu antaranya menghimpunkan pengalaman politik serta hasil pembacaan Anwar selama empat dekad yang bermula dari zaman beliau bergelar mahasiswa hingga memimpin gerakan reformasi.
Kemudian disusuli slot ‘Wacana Membangun Negara Madani’ pada 9.15 pagi yang akan disertai empat panel jemputan antaranya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Eksekutif IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman,
Turut dijemput sebagai panel dalam wacana berkenaan ialah Presiden Kolej Dar al-Hikmah Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia Prof Dr Haslinda Abdullah. – SM