Agama

Antara sebab Miss Universe Malaysia tidak benarkan perempuan agama Islam menyertai

ORGANISASI Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Nasional MUMO baharu, Eleen Yong dalam sidang media khas yang diadakan pada Khamis.

“Kami sangat menghormati semua agama dan kepercayaan serta setiap batasannya.

“Kami ingin menyebarkan positiviti dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang komplikasi,” katanya menerusi sepotong video yang dikongsikan di media sosial Remaja.

Dalam pada itu, MUMO turut mengumumkan syarat penyertaan baharu untuk pertandingan ratu cantik itu tahun ini.

MUMO memansuhkan had umur maksimum dan penerimaan wanita yang berkahwin, bergelar ibu dan yang sudah bercerai ke dalam pertandingan ini.

Peraturan terdahulu mengehadkan penyertaan kepada wanita bujang yang belum berkahwin dan berusia 28 tahun ke bawah sahaja.

Artikle Berkaitan :>

Lesley Cheam sarung persalinan berinspirasikan Gunung Kinabalu untuk pertandingan Miss Universe

“Visi kami adalah untuk memperkasakan dan meraikan wanita-wanita luar biasa di Malaysia, mempamerkan bakat, kecerdasan, dan kecantikan mereka di pentas global.

“Kami percaya pada kekuatan platform ini untuk mengubah kehidupan dan memberi inspirasi kepada generasi masa depan,” tambahnya.

Pendaftaran secara dalam talian telahpun dibuka & pihak MUMO turut akan mengadakan uji bakat secara fizikal tidak lama lagi.

Pemenang Miss Universe Malaysia 2024 akan dimahkotakan pada bulan September kelak oleh Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.

Kredit: Gempak

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button