Politik

Annuar Musa cuma pertahankan keputusan dasar parti – Tun Faisal

Apa yang dilaksanakan oleh bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah untuk mempertahankan keputusan dasar parti.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz yang berkata dasar parti sebelum ini ialah bekerjasama dengan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Saya tidak mempersoalkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Sebaliknya apa yang dilakukan Annuar adalah untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN), menyokong Perikatan Nasional dan Perdana Menteri serta No Anwar, No DAP.

“Yang dipersoalkan sekarang, dasar parti jelas No Anwar, tapi kenapa Presiden dan Datuk Seri Najib tandatangan surat sokong dan setia kepada DS Anwar Ibrahim?

“Dasar parti juga jelas, No DAP. Tapi kenapa Pengarah Pilihanraya, DS Tajudin Rahman dan Ahli MKT seolah-olah menjadi jurucakap DAP dan membawa Jajaran Politik Baru yang digambarkan akan melibatkan Anwar, PKR dan DAP?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, UMNO mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa tiada kerjasama membabitkan parti itu dengan Anwar dan DAP.
Jelasnya, sehingga kini MKT meneruskan kelangsungan keputusan dasar parti yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2019. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button