Nasional

Annuar bersedia pertahankan ucapan beliau berhubung peristiwa 13 Mei

TAN SRI ANNUAR MUSA berkata, beliau akan mempertahankan ucapan ketika berkempen di Bachok, Kelantan tempoh hari yang menyentuh isu peristiwa 13 Mei 1969.

Menurut Annuar, beliau telah menerima surat tuntutan daripada Tan Sri Lim Kit Siang melalui peguamnya dengan memetik laporan portal Malaysiakini.

“Saya tidak boleh ambil tanggongjawab apa yang ditulis, atau tajuk berita yang ditulis Malaysiakini, tetapi saya sedia pertahankan ucapan saya yang sebenar…bahawa berlaku peristiwa 13 Mei 1969, antara lain berpunca dari ucapan ucapan pemimpin yg berbaur perkauman, sebelum dan semasa peristiwa tersebut. 

“Saya menyebut fakta sejarah berdasarkan rekod dan catatan sejarah,” katanya dalam hantara ke Facebook beliau.

Justeru semalam beliau telah memberikan arahan kepada peguam untuk membalas surat tersebut dan menegaskan pendirian dan sebahagian daripada asas pendirian tersebut.

“Sekiranya YB Tan Sri Lim Kit Siang masih memilih untuk membawanya ke mahkamah, dan tidak berhujah secara politik, saya bersedia menjawabnya di mahkamah.

“Perahu sudah diair, Dayung sudah di tangan. Saya juga sedia bertemu YB TS LKS secara baik dan bersemuka berbincang isu isu politik negara.

“Sebagai ahli politik semua kita bertanggong jawab berpolitik secara matang dan bertanggung jawab dan pastikan negara kita bebas dari perkauman sempit dan peristiwa seperti 13 Mei tidak harus berulang,” kata beliau.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button