Luar Negara

Angka kematian penduduk Palestin meningkat 212 orang

Sekurang-kurangnya 212 orang, termasuk 61 kanak-kanak, telah terbunuh di Gaza sejak keganasan terbaru bermula seminggu yang lalu. Kira-kira 1,500 orang Palestin juga cedera.

Siri pengebomam oleh Israel ke atas wilayah Gaza diteruskan awal pagi ini seperti yang diikrarkan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bahawa serangan di wilayah Palestin akan diteruskan.

Letupan menggegarkan Kota Gaza dari utara hingga ke selatan dengan serangan pengeboman yang lebih berat, lebih luas dan berlangsung lebih lama.

Serangan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 42 orang Palestin terkorban dan mencederakan puluhan lagi.

Di pihak Israel, negara tersebut melaporkan 10 penduduknya maut dalam serangan roket yang dilakukan oleh pejuang Hamas.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button