Rencah Hidup

Andartu makin meningkat di Malaysia

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, kategori usia wanita antara 25 hingga 29 tahun yang belum berkahwin meningkat 37.8 peratus pada 2010 berbanding 10 tahun sebelum itu iaitu pada tahap 29.8 pada tahun 2000. Kajian mendedahkan wanita cenderung berkahwin kali pertama pada umur lewat 20-an.

Wanita secara purata berkahwin pada usia kira-kira 26 tahun dan itu adalah trend perkahwinan pertama dari 1970 hingga 2014. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan trend wanita tidak berkahwin ini semakin meningkat dan antara faktor yang merekodkan peratusan tertinggi adalah ketiadaan calon sesuai iaitu 35.7 peratus.

Berdasarkan perangkaan umum, wanita yang berkahwin pada usia 20 hingga 22 tahun akan memperoleh kira-kira tiga orang anak. Manakala bagi wanita yang berkahwin pada usia 26 tahun, akan memiliki kira-kira dua orang cahaya mata. Nisbah berkenaan akan terus berkurangan jika usia wanita berkahwin semakin bertambah –

Kreadit :> HARIAN METRO

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button