
Anak Shuib menangis di AJL-39, netizen panas, perlu kecam Atau fahami?
BARU sahaja pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39) melabuhkan tirainya, satu lagi isu panas tercetus! Kali ini, anak pelawak Shuib Sepahtu, Thalita, menjadi sasaran kecaman netizen hanya kerana menitiskan air mata sewaktu menyaksikan persembahan juara AJL 39, Marsha Milan.
Di platform X, beberapa pengguna lantang mempersoalkan mengapa wajah Thalita sering ditayangkan di kaca TV ketika Marsha mendendangkan lagu kemenangannya. Ada yang mendakwa perhatian seharusnya hanya tertumpu kepada penyanyi, bukannya reaksi penonton.
Seorang pengguna, akugewemung, menyuarakan rasa tidak puas hati:
“Penting sangat ke kalau anak Shuib sedih sampai kena tunjuk muka dia berkali-kali? Aku nak tengok Marsha, bukan dia!”
Lebih menghangatkan keadaan, seorang lagi pengguna, afiq_muqri, secara terang-terangan menggelar Thalita ‘over’ kerana menangis ketika menonton persembahan tersebut. Pandangan ini turut disokong oleh ramai netizen yang berpendapat kamera sepatutnya hanya fokus pada Marsha, bukan pada reaksi penonton.
Namun, dalam kalangan yang mengecam, ada juga yang mempertahankan Thalita. Mereka beranggapan tangisannya itu bukan dibuat-buat, sebaliknya lahir daripada emosi sebenar apabila terkenang arwah ibunya, Siti Sarah, yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Sementara itu, dalam satu hantaran di Instagram Shuib, Thalita dilihat sempat bertemu dan memeluk Marsha sebelum terpaksa pulang awal kerana perlu ke sekolah keesokan harinya. Mereka sekeluarga tidak sempat menunggu pengumuman keputusan akhir, tetapi tetap mengirim ucapan tahniah kepada Marsha.
“Sorry tau Thalita kena balik awal sebab esok sekolah. Sampai rumah baru tahu Auntie (Marsha) menang AJL 39. Tahniah!” tulis Shuib dalam perkongsiannya.
https://www.instagram.com/p/DGJAVyBS6pB/?hl=en
Isu ini jelas membahagikan pendapat netizen – ada yang menyokong, ada yang mengecam. Apa pendapat anda? Adakah Thalita wajar dihentam hanya kerana menangis, atau netizen yang sebenarnya terlebih ‘over’?