Politik

AMK gesa segera bincang penetapan tarikh peralihan kuasa

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menggesa agar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) supaya segera membincangkan penetapan tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Nasir berkata, penetapan tarikh itu akan mencerminkan kesepakatan dalam Pakatan Harapan (PH).

Pada masa katanya, akan mematahkan persepsi pergolakan dalam PH yang sering dimainkan .

“Maka saya sarankan Sekretariat PH agar memastikan Mesyuarat Majlis Presiden akan datang membuat ketetapan tarikh peralihan Perdana Menteri pada Mei 2020 bagi menjamin kelangsungan agenda Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah, dalam satu kenyataan menegaskan peralihan kuasa Perdana Menteri hanya akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020 selesai dianjurkan, akhir tahun ini.

Menurut Akmal, apapun peralihan kuasa itu perlu diperincikan bagi menjamin kelangsungan PH.

Lagi pula katanya, PH sudah bersetuju agar peralihan itu berlaku dalam tempoh dua tahun PH menjadi kerajaan iaitu sejak Mei 2018.

“Kita seharusnya berterima kasih dan menghormati keputusan peletakkan jawatan Menteri oleh YB Dr Maszlee Malik dan sebelum ini jawatan Menteri Besar Johor oleh YB Osman Sapian.

“Pengalaman ini menunjukkan bahawa pertukaran boleh berlaku dengan baik dan harmoni dalam pentadbiran Pakatan Harapan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button